My Add

Saturday 20 October 2012

PBS terus bersatu di bawah kerajan BN

TAMBUNAN, SABTU, 20 Oktober, 2012: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan pucuk pimpinan parti itu akan kekal bersatu di bawah perjuangan bersama Barisan Nasional (BN).

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, parti itu percaya hanya BN yang terus memperjuangkan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa meminggirkan parti komponen lain.

“Bagi pucuk pimpinan PBS, kita ingin tekankan perjalanan perjuangan berterusan, harus dalam kerajaan BN. Ini yang ingin kita bawa kepada penduduk di kawasan pedalaman," katanya semasa berucap dalam majlis perasmian mesyuarat Agung PBS Bahagian Tambunan di Tambunan Resort and Country Club di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment