My Add

Thursday 18 October 2012

Dakwaan 19.4% mendaftar di Tawas tak berasas

SHAH ALAM, RABU, 17 Oktober, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan fakta dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 tentang hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor yang mendaftar di bawah Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas) sebagai tidak berasas.

Sambil menyangkal peratusan tersebut, beliau turut menafikan perangkaan tentang jumlah kelahiran di Selangor bagi tempoh 2008 hingga 2011 iaitu seramai 313,706.

Beliau turut menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana enggan memberikan kerjasama kepada Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) untuk mendapatkan statistik kelahiran yang dikategorikan sebagai rakyat Selangor bagi melayakkan mereka menerima skim tersebut.

“Tentang dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak berasas. Yawas (badan yang menguruskan Tawas) tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana JPN enggan memberikan butiran tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment