My Add

Thursday 18 October 2012

Guan Eng enggan beri penjelasan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
 PULAU PINANG, RABU, 17 Oktober, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta.

Setiausaha Agung DAP itu sebaliknya cuba berdolak-dalik dan menyifatkan Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan perkara tersebut.

"Dahulu Utusan Malaysia cakap lembaga itu tidak wujud tetapi sekarang wujud dan ada wang di dalamnya tetapi masih juga mahu menghentam.

"Biarlah rakyat yang menilai kerana kerajaan negeri memang telah membina rumah kos rendah. Saya tidak mahu layan fitnah jahat Utusan Malaysia dan jangan putar belit lagi," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM33.36 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment