My Add

Friday 12 October 2012

Dakwaan DPPIMS, Imigresen Sabah turun padang

KOTA KINABALU, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Jabatan Imigresen negeri akan turun padang bagi menyiasat dakwaan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) mengenai kekurangan pekerja di semua premis perniagaan kumpulan tersebut.

Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata, jika berdasarkan rekod sebanyak 1,108 kuota pekerja asing untuk subsektor perkhidmatan di negeri ini telah diluluskan sehingga kini.

Katanya, jumlah permohonan kuota tersebut melibatkan 609 majikan manakala sebanyak 505 buah restoran membuat permohonan untuk mendapatkan khidmat tukang masak warga asing.

"Seramai 1,029 orang tukang masak warga asing telah diluluskan untuk bekerja di negeri ini sejak 2008 iaitu 841 orang dari India diikuti Indonesia (67 orang), Thailand (39 orang), China (31 orang) dan Pakistan (25 orang)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment