My Add

Friday 12 October 2012

Musa minta UMNO Sabah perhebat persediaan hadapi PRU-13

KOTA KINABALU, JUMAAT,, 12 Oktober, 2012: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mahu semua ketua bahagian UMNO di Sabah memperhebatkan jentera masing-masing dalam usaha meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga mahu semua bilik operasi berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

UMNO Sabah sedang giat menganjurkan mesyuarat dan kursus di setiap daerah mengundi bagi memperkemas persediaan parti, dan setakat ini separuh daripada 25 bahagian sudah mengadakan mesyuarat dan kursus masing-masing, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment