My Add

Thursday 18 October 2012

Dakwaan Husam DAP lebih baik dianggap melampau

KOTA BHARU, RABU, 17 Oktober, 2012: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa bersikap melampau apabila menyifatkan DAP jauh lebih baik berbanding UMNO.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Husam mungkin lupa bahawa Pas terpaksa menggugurkan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan menangguhkan pelaksanaan hukum hudud akibat penentangan daripada pemimpin parti tersebut.

"Dari segi prinsip kita beragama. UMNO sebuah parti orang Islam dan dalam Perlembagaannya Fasal 3, parti itu mesti mempertahan, menegak dan mengembangkan Islam.

"Itu prinsip wujudnya UMNO dulu. Macam mana DAP sebuah parti sekular, bukan orang Islam, menentang semua program Islam sehingga Pas sendiri terpaksa menggugurkan negara Islam daripada perjuangannya serta terpaksa menangguh pelaksanaan hudud kerana desakan daripada Pengerusi DAP dikatakan lebih baik?"    katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment