My Add

Thursday 18 October 2012

Pas tuduh Tok Guru Pondok Geting dibayar habuan

KOTA BHARU, RABU, 17 Oktober, 2012: Pas negeri menuduh Tok Guru Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah mendapat habuan bagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap parti itu, termasuk menuduh sekutu mereka DAP sebagai kafir harbi.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mendakwa, beliau dimaklumkan tok guru pondok berkenaan turut ditaja oleh parti politik tertentu dan dibayar setiap kali memberikan ceramah.

Justeru katanya, Pas menganggap kenyataan Abdullah mengenai kafir harbi yang ditujukan kepada DAP merupakan kenyataan politik dan diperkukuhkan lagi selepas tok guru berkenaan mendapat replika cek daripada parti tertentu.

"Ada pun tentang ulama atau orang agama yang bersikap begini bukanlah suatu fenomena yang baru, dalam Islam pun perkara ini banyak berlaku, al-Quran sendiri menceritakan kisah seorang ulama yang menjual agama untuk kepentingan politik duniawi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment