My Add

Thursday 4 October 2012

Datuk antara 15 ditahan Jabatan Insolvensi

KOTA BAHARU, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Ahli perniagaan bergelar Datuk antara 15 orang yang ditangkap kerana mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan kes kebankrapan di Jabatan Insolvensi melibatkan hutang lebih RM7.6juta.

Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, Rohaiza Abd Rahman, berkata ahli perniagaan berusia 69 tahun itu adalah antara 285 orang yang diisytiharkan bankrap di mahkamah sejak awal tahun ini, hingga September lepas.

Beliau berkata ini merupakan kes pertama dikategorikan sebagai kes bankrap berprofil tinggi di Kelantan, selepas dikesan dua tahun lalu.

"Ketika ini, kita sedang mengesan 270 lagi mereka yang diisytiharkan bankrap tetapi gagal hadir untuk ditadbir urus kesnya di jabatan ini dan kebanyakannya ahli perniagaan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang disytiharkan bankrap oleh mahkamah agar tampil untuk dibantu supaya dapat dikeluarkan daripada status tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment