My Add

Thursday 4 October 2012

Tiada pas pekerjaan untuk pusat hiburan - KDN

KUALA LUMPURIS, 04 Oktober, 2012: Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk pekerja asing di pusat hiburan termasuk rumah urut melainkan pekerja dalam kategori spa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini, mengikut rekod Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 148 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dikeluarkan kepada pekerja asing dalam kategori spa melibatkan 12 majikan antara Januari hingga Ogos lepas.

Katanya sebanyak 191 serbuan dijalankan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan 1,150 tangkapan atas kesalahan menyalahgunakan pas.

Kes kesalahan menyalahgunakan pas membabitkan Pas Lawatan Sosial ialah sebanyak 1,324 pada tahun lepas dan 1,038 kes pada tahun ini setakat ini, katanya kepada soalan Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang bertanya jumlah serbuan atau tindakan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut "Pas 
Lawatan Sosial Jangka Panjang membabitkan suami atau isteri warganegara membabitkan 75 kes pada tahun 2011 dan 48 kes pada 2012.

Pas pelajar pula membabitkan 28 kes pada tahun lalu dan 64 kes pula pada tahun ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment