My Add

Friday 5 October 2012

Dua lelaki didakwa edar 520,000 biji pil Erimin 5

 PETALING JAYA, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Dua lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar 520,000 biji pil Erimin 5 bulan lalu.

Willmen Tiew, 28, dari Taman Jinjang Baru, dan Yee Ching Leong, 41, dari Rawang, didakwa melakukan kesalahan itu di premis No.26, Jalan D U5/D, Seksyen U5, Shah Alam, pada jam 7.45 malam, 23 September lalu. 

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatat apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal yang menetapkan 21 Nov untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment