My Add

Friday 19 October 2012

Empat GLC sedia laksana rumah konsep BKJ

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersedia melaksanakan projek perumahan berkonsepkan bina kemudian jual (BKJ) tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kaedah itu diperkenalkan sebagai inisiatif membendung projek perumahan terbengkalai.

Beliau berkata di bawah konsep itu, pembeli hanya membayar 10 peratus daripada harga rumah sebagai cengkeram, manakala bakinya akan dibayar selepas rumah siap dibina.

"BKJ atau build and sell (bina dan jual) merupakan model yang sedang diamalkan di negara-negara maju, termasuk di Australia dan Singapura," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Chor berkata satu kajian secara menyeluruh juga telah dilakukan untuk melaksanakan kaedah BKJ pada tahun 2015. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment