My Add

Friday 19 October 2012

Nusyuz bukan penghalang hak penjagaan anak - Mashitah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Seorang isteri yang didapati nusyuz tidak menjadi faktor pertimbangan oleh mahkamah ketika membuat penentuan hak penjagaan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata hak penjagaan (hadanah) terhadap anak hanya akan hilang atas beberapa faktor termasuk kecuaian.

"Isu nusyuz hanya berkaitan dengan hak nafkah isteri sahaja iaitu apabila isteri diisytiharkan nusyuz oleh mahkamah, maka gugur haknya menerima nafkah daripada suami sehingga dia bertaubat.

"Justeru isu seorang isteri yang didapati telah nusyuz tidak menjadi pertimbangan oleh mahkamah kerana pertimbangan mahkamah yang utama ialah kebajikan anak kerana tidak bermakna wanita itu tidak dapat menjaga anak dengan baik," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang ingin tahu adakah benar bahawa seorang isteri yang didapati bersalah melakukan nusyuz akan tetap diutamakan dalam soal hak penjagaan anaknya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment