My Add

Monday 15 October 2012

Empat skop utama sindiket

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Siasatan pihak insurans mendapati terdapat empat skop utama sindiket iaitu tuntutan yang sahih, tuntutan yang dimanipulasi, bayaran pampasan yang sahih dan bayaran yang dimanipulasi.

Kepakaran sindiket membuat manipulasi dan mengatasi sistem membolehkan sesuatu yang tidak benar diterima sebagai benar.

Bagi tuntutan yang benar dan sahih, sindiket dikesan menyalahgunakan proses tuntutan menerusi guaman sivil untuk meningkatkan amaun tuntutan tetapi mangsa kemalangan tidak memperolehi jumlah yang ditentukan oleh mahkamah.

Malah, terdapat juga kes mangsa langsung tidak menerima sebarang pampasan walaupun mahkamah telah membenarkan sejumlah pampasan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment