My Add

Monday 15 October 2012

Saranan kerjasama bolehkan tentera darat lanjut pelajaran

KANGAR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar pihak berkaitan menjalin kerjasama bagi membolehkan anggota tentera darat berpangkat rendah melanjutkan pelajaran.

Titah baginda, kerjasama di bawah strategi Lautan Biro Nasional (NBOS) itu akan memantapkan lagi pasukan tentera darat sejajar dengan kedudukan pasukan tersebut yang kini dilihat sebagai ejen perubahan.

"Sungguhpun beberapa inisiatif sudahpun dilaksanakan oleh tentera darat menerusi program pengajian tinggi seperti K-Force namun dengan adanya usaha secara NBOS ia akan membantu memperkukuh proses tranformasi dan pembangunan Tentera Daratmenjadi lebih baik," titah baginda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment