My Add

Thursday 25 October 2012

Enam maut dalam serangan bom di Syria

DAMSYIK, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Sebuah bom kereta meletup di selatan bandar ini semalam mengakibatkan enam terbunuh dan mencederakan 20 yang lain, lapor televisyen tempatan yang menyalahkan pemberontak bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan itu menyusul selepas Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi mengumumkan kerajaan Syria dan beberapa pemimpin pemberontak bersetuju melaksanakan gencatan senjata sempena perayaan Aidil Adha selama empat hari.

Sementara itu, kumpulan militan al-Nusra dalam kenyataannya menolak gencatan senjata dengan kerajaan. - AFP

No comments:

Post a Comment