My Add

Thursday 4 October 2012

F1: Schumacher bersara penghujung musim

*PEMANDU Mercedes Formula 1, Michael Schumacher
dari Jerman ketika berada di dalam garaj pasukannya
menjelang perlumbaan Grand Prix Formula 1 di litar
Suzuka, Jepun, Ahad ini. - Foto REUTERS
SUZUKA, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Michael Schumacher mengumumkan persaraannya daripada Formula 1 pada penghujung musim 2012, demikian menurut pengumuman pelumba berusia 43 tahun itu di sini, hari ini. 

Schumacher berkata, beliau masih boleh berpuas hati dan gembira dengan pencapaian keseluruhan sepanjang kariernya walaupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Daimler, Mercedes-Benz, pasukan, jurutera dan mekanik di atas kepercayaan yang diletakkan.

“Saya mahu menumpukan perhatian sehingga penghujung musim dan seterusnya menikmati baki perlumbaan bersama anda semua,” katanya.

Ia adalah susulan pengumuman yang dibuat pasukannya minggu lalu, bahawa juara dunia tujuh kali itu akan digantikan dengan Lewis Hamilton dalam perlumbaan musim depan. - www.autosport.com

No comments:

Post a Comment