My Add

Thursday 4 October 2012

Mahkamah Filipina keluar perintah tangkap Arroyo
  *PEMBANTU Eksekutif Sandiganbayan, Florecal Sebastian
  menunjukkan salinan perintah penahanan bekas Presiden
 Filipina, Gloria Macapagal Arroyo di bandhari ini. - Foto AP
MANILA, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Mahkamah Filipina hari ini mengeluarkan perintah menahan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo untuk kali ketiga membabitkan tuduhan penyelewengan dana loteri yang dikenakan terhadapnya ketika tahun terakhir pentadbirannya.

Peguambela Arroyo mempersoalkan tuduhan berkenaan dan tidak jelas sama ada Arroyo akan ditahan serta-merta.

Arroyo yang kini menderita kerana penyakit di leher, dikenakan perintah tahanan selama lapan bulan di hospital dalam kes bersaingan iaitu tuduhan sabotaj dalam proses pilihan raya.

Beliau dibenar diikat jamin kes itu Julai lalu. Satu lagi kes terhadapnya yang turut memperoleh jaminan ialah tuduhan campur tangan dalam perjanjian dengan syarikat telekomunikasi China yang harga kontraknya melampau. - AP

No comments:

Post a Comment