My Add

Friday 5 October 2012

Fasa kedua NKRA jenayah dilancar 14 okt

JOHOR BAHARU, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah dijadual dilancar di negeri ini pada 14 Okt oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pengerusi Urus Setia NKRA Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob berkata pelancaran di negeri lain akan menyusul selepas itu.

"Sebanyak RM591 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan fasa kedua NKRA Memerangi Jenayah sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Belanjawan 2013," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurut beliau, peruntukan itu telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuklah menerusi sesi dialog, program "omnipresence" (polis di mana-mana) dan tinjauan mesra Perdana Menteri.

Beliau sebelum itu hadir mesyuarat pelaksanaan NKRA bersama agensi keselamatan dan badan bukan kerajaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment