My Add

Friday 5 October 2012

7 Pati ditahan di Tanjung Ayam

JOHOR BAHARU, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tujuh pendatang tanpa izin (Pati) dari Indonesia di perairan Tanjung Ayam, Pengerang dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Mohd Said berkata Pati terbabit dipercayai cuba keluar dari negara ini secara haram dengan menggunakan bot pancung.

Beliau berkata, mereka dipercayai hendak ke Batam, Indonesia tanpa melalui pangkalan yang diwartakan.

Beliau berkata, ketika bot peronda APMM mengesan dan cuba menghampiri bot tersebut, ia memecut laju dan terpaksa dikejar selama 15 minit sehingga akhirnya berjaya dipintas dan ditahan kira-kira 0.8 batu nautika timur laut Tanjung Ayam.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot pancung itu mendapati tujuh Pati yang terdiri dari dua lelaki, tiga perempuan dan dua kanak-kanak, yang berumur antara setahun hingga 40 tahun.

"Mereka kemudian dibawa ke jeti Marina, Tanjung Pengelih untuk diambil tindakan lanjut, sementara tekong bot berjaya terjun ke laut dan menghilangkan diri di hutan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment