My Add

Sunday, 14 October 2012

Felda selesai semua bantuan baik pulih rumah sebelum Disember ini - Isa

GUA MUSANG, AHAD, 14 Oktober, 2012: Kira-kira 4,000 penduduk miskin yang tinggal berhampiran Tanah Rancangan Felda di seluruh negara akan diberi bantuan membaik pulih rumah di bawah program Kasih Felda dengan peruntukan RM20 juta.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyasarkan program itu dapat dicapai sepenuhnya sebelum akhir tahun ini dengan jumlah bantuan yang akan diberikan sebanyak RM5,000 bagi setiap buah rumah.

"Kita akan pastikan program itu berjalan lancar... setakat ini, kita telah berjaya berbuat demikian untuk 300 rumah penduduk miskin," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Janji Ditepati di Padang Klinik Kesihatan Bandar Chiku di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment