My Add

Sunday 14 October 2012

Orang ramai kini boleh derma organ secara online - Tiong Lai

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Orang ramai kini boleh mengisi borang ikrar menderma organ secara online di laman web "A Gift For Life" bagi memudahkan mereka menderma organ untuk menyelamatkan nyawa individu yang memerlukan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kad pengikrar menderma organ akan dihantar ke rumah mereka selepas pengesahan pendaftaran dibuat pihak pengurusan laman web itu.

"Kami sedang berusaha "memasyarakatkan" budaya pendermaan organ di negara kita, terutama di kalangan orang muda, kerana lebih 70 peratus populasi penduduk di negara ini terdiri daripada orang muda.

"Dengan pendaftaran secara online, kerajaan berharap dapat menggalakkan orang ramai untuk menderma organ mereka bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa," katanya semasa berucap pada Program "Bicara Hati" sempena pelancaran Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Institut Jantung Negara hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment