My Add

Friday 19 October 2012

Gangguan perjalanan KTMB hingga Jumaat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober 2012: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami gangguan perjalanan bermula pagi ini akibat tren komuter set tiga gerabak nombor 25 tergelincir di antara Simpang Batu-Stesen Putra semalam.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, seramai 50 penumpang telah dipindahkan ke tren komuter set tiga gerabak nombor 29 untuk meneruskan perjalanan.

"Perkhidmatan KTM Komuter, tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity dijangka mengalami kelewatan selama 60 minit sehingga ia boleh beroperasi seperti biasa pada 20 Oktober ini," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja membaiki landasan termasuk menukar kayu sleeper sebanyak 700 unit sedang dijalankan dan dijangka siap pada Jumaat malam.

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan KTMB akan mengadakan pemeriksaan bersama pada tengah malam 19 Oktober ini dan beroperasi seperti biasa pada Sabtu ini," kata kenyataan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment