My Add

Friday 19 October 2012

Remaja bawa adik terjun tingkat dua elak disambar api

*ANGGOTA JPAM memberi rawatan kepada Noor Munirah Syazwani Zakir yang cedera akibat terjun bersama adiknya dari tingkat atas rumah teres duatingkat semasa rumah mereka terbakar di Melaka, malam semalam.
MELAKA, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Keberanian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terjun dari tingkat atas rumah teres dua tingkat keluarganya yang terbakar malam tadi, bersama adiknya berusia tiga tahun, berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung.

Kejadian di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam itu berlaku ketika Noor Munirah Syazwani Zakir dan Yasin Amirul Aiman serta seorang lagi, Mohd. Zarif Nazmi, 8, leka menonton televisyen, pukul 9.40 malam.

Mohd. Zarif bagaimanapun diselamatkan jiran menggunakan tangga.

Menurut bapa mangsa, Zakir Abu Hussin, 38, ketika kebakaran yang dipercayai berpunca dari dapur, beliau dan isterinya, Norizan Idris, 39, keluar berniaga di pasar borong berhampiran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment