My Add

Saturday 13 October 2012

Gemilangkan Islam, Melayu mesti bersatu tanpa mengira fahaman politik

KOTA BHARU, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Orang Melayu perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik demi keutuhan bangsa dan kemakmuran negara terutama dalam mengangkat kegemilangan agama Islam di persada dunia.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, penyatuan tersebut akan menjadi wadah bagi mengelak masalah perpecahan umat Islam angkara kepentingan politik sesetengah pihak.

Katanya, syiar Islam tidak mampu direalisasikan secara komprehensif di bawah agenda politik dan sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Sehebat manapun dasar Islam digariskan, tetapi ia tidak mungkin terlaksana mengikut acuan sebenar jika politik berada di hadapan.

"Bahkan ia semakin rumit sekiranya perjuangan ke arah memartabatkan agama Islam itu hanya berada dalam kitaran sekutu yang mempunyai perbezaan ideologi politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment