My Add

Saturday 13 October 2012

Suaram terpaksa tabur fitnah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat terpaksa terus menabur fitnah berhubung isu pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kerana telah menerima dana yang besar daripada pihak asing.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, sikap mereka yang terus menipu rakyat menerusi pelbagai usaha menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pemimpin Suaram yang menggunakan platform hak asasi manusia untuk tujuan itu.

Menurutnya, kenyataan pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel baru-baru ini bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian Scorpene di Perancis bagaimanapun menjadi noktah kepada siri penipuan Suaram dan pembangkang berhubung isu itu selama ini.

"Suaram seolah-olah mahu terus memperbodohkan setiap manusia di dunia dengan berbohong bagi memenuhi agenda politik yang terang-terangan menggunakan bantuan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment