My Add

Saturday 20 October 2012

Graduan UTeM meningkat 24 peratus

MELAKA, SABTU, 20 Oktober, 2012: Bilangan graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meningkat 24 peratus tahun ini apabila 1,862 menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen kali ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Ahamd Yusoff Hassan berkata, angka itu meliputi 1,365 penerima ijazah sarjana muda, 317 diploma, 178 sarjana dan dua menerima ijazah doktor falsafah (PhD).

"Ini merupakan pencapaian yang tinggi walaupun UTeM hanya berusia 11 tahun dan kita masih menitikberatkan kualiti pencapaian akademik kepada pelajar yang ingin memasuki universiti ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-8 UTeM di sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilan pelajar ijazah lanjutan sesi akademik 2012/2013 juga memberangsangkan dengan 728 mengikuti pengajian peringkat sarjana dan 181 PhD

Pengambilan yang ramai itu selaras dengan hasrat UTeM yang mahu meningkatkan bilangan pelajar pascasiswazah dan penyediaan ke arah universiti penyelidikan dan inovasi cemerlang pada masa depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment