My Add

Saturday 20 October 2012

RM16.1 bilion bagi tingkat keupayaan PKS sejak 2006

PAGOH, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM16.1 bilion sejak 2006 bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kesungguhan kerajaan membantu golongan itu diteruskan dalam Bajet 2013 dengan menyediakan dana RM1 bilion untuk memajukan lagi perniagaan mereka; RM200 juta bagi PKS yang mempergiatkan industri Halal; dan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok berjumlah RM16 juta setahun.

Kerajaan juga, katanya menyediakan skim pinjaman memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil melalui model licensing dan franchising yang meliputi kemudahan pinjaman sehingga RM25,000 bagi licensee, dan RM500,000 kepada licensor.

"Sewajarnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam menyediakan dan menyalurkan segala bentuk bantuan seperti khidmat nasihat, pembekalan, peralatan, pemasaran di samping suntikan modal pembiayaan dari pihak kerajaan," katanya semasa merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor anjuran Mara di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment