My Add

Wednesday 17 October 2012

Hakim ditangkap miliki dadah dalam karaoke

JAKARTA, RABU, 17 Oktober, 2012: Seorang hakim mahkamah daerah di Indonesia telah ditangkap sepasukan pegawai Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia kerana memiliki dadah jenis pil ecstacy ketika sedang berpesta narkotik dalam sebuah karaoke di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Media tempatan memetik pegawai BNN sebagai berkata, bahawa hakim lelaki itu didapati memiliki sejumlah pil ecstacy dan sebuah alat menghisap dadah semasa dia ditangkap.

Turut dirampas daripada mereka ialah dadah jenis syabu.

Satu laporan menyebut pengakuan hakim itu kepada pihak berkuasa bahawa beliau membelanjakan Rp11 juta untuk membeli dadah dan mengadakan pesta narkotik di tempat hiburan itu semalam.

BNN dilaporkan telah sekian lama menyiasat hakim itu selepas mendapat maklumat mengenai penglibatannya dalam kegiatan dadah.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment