My Add

Wednesday 17 October 2012

9 anggota PDRM kembali dari misi pengaman PBB di Timor Leste 

SEPANG, RABU, 17 Oktober, 2012: Sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia kumpulan G9 yang menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Timor Leste selama setahun tiba kembali di tanah air malam ini.

Kumpulan itu diketuai DSP Loi Poo Lang, terdiri dari lima lelaki dan empat wanita berada di sana sejak 13 Oktober tahun lepas. Mereka adalah antara 13 anggota asal dari kumpulan itu yang berangkat ke Timor Leste. Bagaimanapun seorang daripada mereka meninggal dunia manakala tiga lagi perlu menyambung perkhidmatan di sana selama sebulan.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Islam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ACP Fatimah Ab Hamid serta pegawai-pegawai kanan PDRM.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment