My Add

Monday 15 October 2012

Hampir 6,000 warga emas huni ruamh orang tua

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Hampir 6,000 warga emas menjadi penghuni di 11 pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta 165 pusat yang dimiliki badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Sai Kee berkata, daripada jumlah itu, 1,927 menghuni rumah orang tua JKM dan baki 4,059 ditempatkan di pusat jagaan berdaftar kendalian NGO dan swasta.

"Di bawah JKM terdapat sembilan buah Rumah Seri Kenangan (RSK) untuk warga emas yang berupaya menguruskan diri dan dua buah Rumah Ehsan untuk warga emas yang terlantar dan tidak berupaya menguruskan diri serta memerlukan rawatan rapi.

"Pada tahun lepas, peruntukan yang diberi kerajaan untuk menguruskan sembilan buah RSK ini adalah RM26.79 juta dan RM5.82 juta untuk Rumah Ehsan," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee(BN-Setiu) di Dewan Rakyat, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment