My Add

Monday 15 October 2012

Pekerja ladang disangka beruk maut ditembak

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN. ISNIN, 15 Oktober, 2012: Seorang pekerja ladang kelapa sawit maut akibat terkena tembakan majikannya yang disangkakan beruk ketika mangsa memanjat pokok mangga di Kampung Paya Bungor di sini semalam.

Pekerja ladang warga asing berusia 39 tahun itu mati di tempat kejadian selepas kejadian akibat cedera di kepala dan bahu.

Kejadian berlaku pukul 1 petang apabila mangsa bersama abangnya berusia 42 tahun baru pulang dari ladang selepas bekerja sebelum singgah di pokok mangga tersebut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, mangsa memanjat pokok mangga itu manakala abangnya menyimpan peralatan kerja di dalam stor.

“Majikannya, seorang warga emas berusia 71 tahun tiba-tiba melihat dahan pokok mangga itu bergoyang dan menyangkakan beruk sedang merosakkan pokoknya.

“Warga emas itu mengambil senapang milik anaknya lalu melepaskan tembakan dari tingkap dapur rumah kira-kira 20 meter dari pokok berkenaan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment