My Add

Thursday 18 October 2012

Ibu boleh awasi anak-anak melalui pelan telefon mudah alih murah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Ibu-ibu yang ingin menghubungi anak-anak atau anak-anak yang ingin menghubungi ibu bapa yang sudah berusia dengan mudah di rumah kini tidak perlu bimbang kerana mereka kini dapat melaksanakannya menggunakan telefon mudah alih dengan bayaran hanya RM8 sebulan.

Ini merupakan tawaran terbaharu yang disediakan oleh REDtone Mobile Sdn Bhd dengan kerjasama CELCOM - pengendali telefon mudah alih perdana negara ini.

Pelanggan hanya perlu memohon talian pasca bayar dengan komitmen bulanan hanya RM8 dan boleh menikmati panggilan percuma bagi kawasan diliputi rangkaian REDtone di seluruh negara, kata Pengarah Pemasaran dan Teknikal Hussein Resources Sdn Bhd Adnan Sajad Hussein.

Sebagai contoh, seseorang ibu yang ingin mengetahui perkembangan anaknya di sekolah boleh melanggan pelan RM8 bagi dirinya dan anaknya dan boleh berhubungan secara percuma setiap hari.

Anak-anak bekerja juga boleh melakukan perkara yang sama dengan ibu bapa mereka yang berusia.

"Ia sama seperti walkie talkie," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment