My Add

Thursday 18 October 2012

Kerajaan Persekutuan prihatin kebajikan rakyat Sabah, Sarawak

KUCHING, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Kerajaan Persekutuan amat prihatin terhadap beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat khasnya yang berpendapatan rendah termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, sebanyak RM386 juta diperuntukkan untuk kedua-dua negeri berkenaan bagi program penyeragaman harga di bawah Bajet 2013 sebagai langkah menangani masalah kenaikan kos sara hidup serta kos barang keperluan asas yang jauh lebih tinggi berbanding dengan di Semenanjung.

"Sesi dialog dan perbincangan juga diadakan secara berkala dengan industri yang berkaitan untuk mendapat sokongan dan kerjasama mereka supaya tidak mengambil apa jua kesempatan untuk menaikkan harga secara keterlaluan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment