My Add

Saturday 20 October 2012

Ibu Khyril Muhaymeen meninggal dunia

ALOR SETAR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Ibu kepada pemain bola sepak skuad kebangsaan dan Kedah, Khyril Muhaymeen Zamri, Norinson Yahya, 50 meninggal dunia malam tadi setelah menderita selama dua tahun akibat barah payu dara.

Norinson menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Penolong jurulatih pasukan Kedah, Radhi Mat Din berkata, walaupun ibunya tidak sihat selepas diserang barah, Khyril Muhaymeen sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan mampu beraksi dengan baik di padang.

“Khyril Muhaymeen yang saya kenali adalah seorang yang tabah dan cekal kerana sepanjang dua tahun ibunya sakit, beliau masih mampu menjalankan tugas sebagai seorang pemain bola sepak.

“Beliau juga ke Hong Kong serta cuba memberikan tumpuan terhadap perlawanan," katanya di sini hari ini.

Jenazah Norinson selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tiang, Pendang kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Pada 15 Oktober lalu, Khyril Muhaymeen yang berada di Hong Kong untuk menyertai perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana keadaan ibunya yang semakin tenat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment