My Add

Saturday 20 October 2012

Indonesia puas hati misi selamat mangsa banglo runtuh

KLANG, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Indonesia berpuas hati dengan kecekapan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pihak berkuasa Malaysia dalam dalam kejadian runtuhan bumbung konkrit di sebuah banglo di Seskyen 7, semalam.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata operasi menyelamat yang dilaksanakan pihak berkuasa Malaysia itu berjaya menyelamatkan mangsa lain daripada terkorban.

"Ini kemalangan yang di luar jangkaan...pihak berkuasa Malaysia telah memberikan kerjasama baik dalam operasi menyelamat ini.

"Begitu juga pada pihak hospital yang merawat mangsa-mangsa kejadian, diberi layanan begitu baik sekali dan doktor juga telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses merawat mangsa. Kami berterima kasih untuk perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa tragedi itu di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan rakyat Indonesia, Totok Mochamd Anthony maut manakala lima lagi parah apabila sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment