My Add

Saturday 20 October 2012

Pasangan kekasih bunuh anak dihukum gantung

SHAH ALAM, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Perbuatan kejam seorang mekanik dan teman wanitanya mendera anak wanita tersebut yang berusia tiga tahun 10 bulan sehingga mati, berbalas hari ini apabila kedua-duanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Peng Tong, 29, dan Wong Mei Ting, 26, selepas kedua-duanya didapati bersalah membunuh Jasmine Lee Siew Hui, dua tahun lalu.

Beliau memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh-tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Peng Tong dan Mei Ting didakwa dengan niat bersama membunuh kanak-kanak itu di rumah No. D-3-15, Blok D, Tingkat 3, Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, Serdang dekat sini antara pukul 12 tengah malam, 1 Mac 2010 dan 7.50 pagi, 14 Mac tahun sama.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment