My Add

Thursday 18 October 2012

Isu air: Selangor terus berdolak-dalik

HULU SELANGOR, RABU, 17 Oktober, 2012: Kerajaan Selangor sepatutnya memberi penjelasan sebenar kepada rakyat berhubung krisis air di negeri itu dan bukannya terus berdolak-dalik menafikan perkara sebenar.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan Selangor juga perlu memberi pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung implikasi isu air itu dari sudut jangka masa panjang.

"Kita kesal kerana kerajaan negeri terus mengambil sikap sambil lewa dan menentang kerajaan Persekutuan berhubung isu air ini.

"Sedangkan mereka sendiri tahu paras air di Empangan Sungai Selangor menyusut hampir 40 peratus," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di empangan itu dekat sini hari ini.

Pada awal bulan lalu, Utusan Malaysia melakukan tinjauan ke empangan tersebut dan mendapati Operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong di sini, dikhuatiri terjejas ekoran penyusutan paras air di empangan itu yang turut membekalkan air mentah ke loji berkenaan sejak Mei lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment