My Add

Thursday 18 October 2012

'Usah salah anggap kenyataan saya'

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
 SHAH ALAM, RABU, 17 Oktober, 2012: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kenyataannya yang menegaskan serangan Barisan Nasional (BN) ke atas George Soros berpotensi 'memakan diri sendiri' bukan bermakna beliau menyokong penyangak mata wang itu.

Malah Ahli Parlimen Temerloh itu juga menafikan, kenyataan itu bermaksud beliau menyokong Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Kenyataan saya itu dibuat berdasarkan perspektif politik baru, bukannya menyokong mana-mana pihak," katanya yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saifuddin mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu beliau meletak jawatan dalam Kabinet kerana dilihat tidak lagi berminat untuk membawa aspirasi kerajaan.

Ujar Saifuddin lagi, beliau langsung tidak berkecil hati dengan tindakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang lantang mengkritiknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment