My Add

Friday 26 October 2012

Jangan jadikan perdamaian MILF-Filipina isu politik

SEMPORNA, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggesa pihak yang berkenaan tidak mempolitikkan isu perdamaian Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu wajar dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini terutama dalam memperkukuhkan perpaduan.

"Kita juga harus berdoa semoga matlamat kerangka perjanjian damai yang ditandatangani itu tercapai," katanya kepada pemberita selepas solat sunat Aidiladha dan penyerahan lembu korban di sini hari ini.

Katanya, pemeteraian kerangka perjanjian damai itu membawa banyak manfaat, bukan sahaja kepada Filipina tetapi juga Malaysia, khususnya Sabah.

Apabila keadaan damai wujud di wilayah selatan Filipina itu katanya, pertumbuhan ekonomi di situ dan juga Sabah khususnya menjadi lebih pesat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment