My Add

Friday 26 October 2012

Bekalan elektrik ke KKIA stabil

KOTA KINABALU, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan bahawa bekalan elektrik yang disalurkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Urusan SESB, Ir. Abd Razak Sallim berkata, laporan mengenai gangguan elektrik yang berlaku pada pukul 6.20 petang semalam yang menyebabkan banyak penerbangan antarabangsa dan tempatan terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang berhampiran dan ramai penumpang terkandas.

Beliau berkata, siasatan lanjut yang dilakukan ke atas pemasangan elektrik SESB yang menyalurkan bekalan elektrik ke KKIA mendapati ia berfungsi dengan baik dan bekalan elektrik daripada SESB tidak terjejas.

"Pihak SESB bersedia bekerjasama dengan pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) bagi mengenal pasti punca sebenar masalah itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, pemantauan terhadap kestabilan bekalan elektrik di kawasan sekitar KKIA juga akan diteruskan bagi memastikan tidak ada gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan operasi di tempat yang kritikal terutama di hospital dan lapangan terbang di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment