My Add

Wednesday 3 October 2012

Jangan sekadar amaran - Ismail Mina

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Kerajaan harus bertindak segera dan bukan sekadar memberi amaran kepada pihak dikatakan mempunyai kaitan dengan penyangak mata wang, George Soros.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, dakwaan tersebut perlu diberi perhatian serius agar mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mengambil kesempatan atas tiket kebebasan bersuara.

Kata beliau, tindakan kerajaan yang banyak berlembut boleh memakan diri dan meruntuhkan keharmonian negara yang telah lama dibina.

‘‘Kerajaan perlu segera selesaikan isu ini mengikut peraturan sedia ada lebih-lebih lagi apabila NGO dikaitkan adalah pertubuhan haram.

‘‘Berapa lama lagi rakyat mahu tunggu sedangkan bukti sudah ada,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment