My Add

Wednesday 3 October 2012

Pengurangan 100,000 anggota khidmat awam

Oleh raja syahrir abu bakar
KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Bajet alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus.

Sedangkan, katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52 bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment