My Add

Saturday 6 October 2012

Jerat sindiket penipuan internet

*SUSPEK kes penipuan warga Afrika (kanan) menutup
 wajah selepas rambut palsu miliknya tertanggal ketika

 ditahan untuk siasatan lanjut di Jabatan Siasatan 
Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
Oleh ABD. HALIM HADI dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Seorang ahli perniagaan Taiwan sanggup menempuh perjalanan beribu-ribu kilometer ke negara ini, semata-mata untuk menjerat anggota sindiket penipuan internet yang mengakibatkan dia kerugian AS$1.7 juta (RM5.2 juta) sejak tiga tahun lalu.

Kesungguhan mangsa berusia 50 tahun berbaloi, apabila melalui kerjasama sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, dua suspek berjaya ditangkap di sebuah hotel di sini malam tadi.

Penangkapan itu dilakukan apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai James Chan berjaya mengumpan suspek supaya datang ke bilik hotelnya untuk menerima wang berjumlah AS$42,000 (RM127,000) yang dituntut oleh anggota sindiket. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment