My Add

Saturday 6 October 2012

800 kes tawar pinjaman tidak wujud

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan satu kegiatan memperdaya orang ramai yang menawarkan pinjaman peribadi tidak wujud dengan suspek akan menghilangkan diri sebaik sahaja wang deposit diserahkan.

Sehingga kini, hampir 800 kes dilaporkan berlaku sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian sehingga mencecah RM15 juta.

Siasatan mendapati penipuan itu dikendalikan oleh kumpulan atau individu yang licik mengambil kesempatan terhadap mereka yang terdesak untuk mendapatkan wang segera.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Siasatan 1 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Lim Char Boo, mangsa yang memohon pinjaman akan diminta untuk mendepositkan lima hingga 10 peratus daripada wang yang ingin dipinjam ke dalam akaun bank tertentu kononnya untuk pemprosesan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment