My Add

Thursday 11 October 2012

JKM pantau operasi taska

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda memantau semua 43 taman asuhan kanak-kanak (taska) di daerah itu bagi memastikan taska terbabit memiliki sijil perakuan JKM menjelang tahun depan.

Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, tindakan tegas akan diambil jika masih ada pengusaha taska yang belum mempunyai sijil perakuan tahun depan.

"Dalam lawatan yang dilakukan JKM bermula semalam dan berakhir hari ini, lebih 20 kakitangan sudah melakukan pemeriksaan di 43 taska, untuk membantu berdaftar dengan JKM supaya operasi taska menepati garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Pendaftaran Taska dan Pusat Jagaan.

"Sasaran kita, menjelang 2013 semua taska mempunyai sijil perakuan atau mereka mungkin berhadapan dengan tindakan mengikut akta berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sebuah taska dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, taska yang mempunyai sijil perakuan dapat memberi banyak manfaat kepada pelanggannya, terutama dari segi keselamatan anak-anak yang dihantar ke situ. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment