My Add

Thursday 11 October 2012

19 ditahan terbabit perjudian siber

KUANTAN, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Sebanyak 19 orang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian di empat buah kafe siber di sini malam tadi.

Polis turut merampas 71 set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, nilai rampasan dianggar RM71,831 termasuk wang tunai berjumlah RM831.

"Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an. Operasi membanteras aktiviti perjudian di kafe siber itu melibatkan 13 orang anggota serta empat orang pegawai polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari sehingga semalam, polis Pahang telah melakukan 421 serbuan di premis kafe siber di seluruh negeri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment