My Add

Thursday 11 October 2012

Kajian: Isu integriti boleh jejas prestasi BN

SHAH ALAM - Isu berkaitan dengan integriti pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO dilihat antara enam perkara yang boleh menjejaskan prestasi perikatan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Menurut kajian itu, responden yang ditemui awal bulan memilih isu tersebut sebagai keutamaan mereka, di mana ia mendapat sokongan di kalangan 66 peratus responden.

Isu kebanjikan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak terkawal berada di kedudukan kedua dari segi populariti isu.

Isu-isu lain ialah loji pemprosesan nadir bumi Lynas (59 peratus), Pusat Fidlot Kebangsaan (55 peratus), kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54 peratus) dan demonstrasi menuntut pilihan raya bebas dan adil (52 peratus).

Penemuan ini diperoleh menerusi kajian berkaitan pola pengundian menjelang PRU13.

Ia dikendalikan antara 1 dan 16 September lalu, membabitkan 1,536 responden di Semenanjung Malaysia.

Penemuan yang dikeluarkan menerusi satu kenyataan hari ini adalah sebahagian daripada hasil kajian yang diumumkan setakat ini. Sebahagiannya telah diumumkan akhir bulan lalu.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mandat semasa akan berakhir 28 April 2013. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment