My Add

Thursday 11 October 2012

Pekerja bengkel dipenjara empat bulan kerana ugut ibu

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Seorang pekerja bengkel dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut ibunya, Isnin lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan R.Naresh, 27, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 Oktober lepas.

Naresh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Sarah Sarathama Abdullah, 58, seorang mualaf dengan maksud hendak membunuhnya di rumah mereka di Blok 1, PPR Sungai Besi, Jalan 1/78 off Jalan Istana di sini pada 5 pagi, 8 Oktober lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment