My Add

Thursday 11 October 2012

Kecekapan polis tumpas sindiket rompak cip patut dipuji


*ISMAILOmar (kanan) menunjukkan buku Menjana Minda Remaja Menuju Kejayaan sambil diperhatikan dan A. Thaiveegan di Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM, RABU, 10 Oktober, 2012: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji kecekapan anggota polis yang menumpaskan sindiket merompak cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM22 juta dari sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai di Pulau Pinang, Ahad lalu, dalam tempoh 48 jam.

Menurut beliau, kepantasan mendapatkan kembali 90 peratus cip mikro yang dicuri itu serta penahanan 14 lelaki termasuk dalang utama sindiket itu harus diberi pujian kerana ia melambangkan ketangkasan dan keseriusan mereka untuk menyelesaikan kes tersebut.

"Kejayaan ini memang patut dipuji dan dijadikan suntikan semangat kepada setiap pasukan untuk bergerak secara proaktif dalam menumpaskan penjenayah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment