My Add

Saturday 13 October 2012

Kelantan tiada kuasa ke atas sumber asli di luar tiga batu nautika - Ku Li

KOTA BHARU, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kelantan tidak mempunyai kuasa ke atas penemuan sebarang sumber asli di luar tiga batu nautika dari pantai negeri ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa penuh sekiranya sumber asli tersebut ditemui di luar daripada jarak berkenaan.

Menurutnya, sempadan bagi menentukan kekuasaan di antara negeri dan Kerajaan Pusat itu ditentukan ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948.

"Untuk menjelaskan soal ini, selain daripada sempadan yang dibuat di peringkat pemisahan negeri dan negeri lain, maka di seberang laut atau pun di pesisiran air telah pun ditentukan supaya kekuasaan negeri berkenaan dilanjutkan sehingga tiga batu nautika. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment